Heeren House - Rumah tetamu yang memberi pengalaman menyeronokkan di Melaka.
Masih ingatkah anda iaitu siri ' beriadah sambil melakar'? Nampaknya siri ini masih belum ada penutupnya. Sekiranya anda ingin mengetahui cerita sebelumnya, sila scroll page di bawah. Berikut ialah sebuah lakaran yang saya hasilkan berdasarkan rakaman yang dibuat ketika berbasikal melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka. Sekiranya anda biasa mendengar Jonker Walk, sudah pastinya lokasi Rumah Kedai ini adalah berhampiran dengan pasar malam jalanan yang terkenal di negeri ini.
Senibinanya unik, di mana ia masih mengekalkan struktur serta bahasa senibina Belanda dan Inggeris di warnai dengan elemen senibina dari China. Laluan sempit di sepanjang jalan ini memberi impak serta panorama sangat menarik menceritakan sejarah bermulanya revolusi serta era kota melaka yang sangat terkenal suatu ketika dahulu.
Lakaran dilukis dan diwarna di atas kertas A5 berjilid (fungsi hampir sama seperti moleskine sketchbook)
No comments:
Post a Comment