Wednesday 27 February 2013

sketch of the day : dania sedang tidur


Lakaran di atas merupakan 2 posisi postur anak kecil saya yang sedang nyenyak tidur selepas waktu maghrib sebentar tadi. Objektif utama lakaran dibuat sebenarnya lebih kepada eksperimentasi ke atas aplikasi Snote terdapat di dalam peranti telefon saya. Inilah percubaan kali pertama saya menggunakan medium tersebut sejak gajet ia dibeli lebih sebulan lalu. Agak mudah dan ringkas cuma paparan yang agak sedikit kecil. Kanvas melukis juga tidak boleh dirotate untuk mendapatkan kepuasan maksimum namun ia tetap tidak menghadkan kreativitiYang lain adalah terbaik! Sekiranya ada teknik layering mungkin ia lebih menyeronokkan lagi !.

1 comment:

  1. Dania?? same name dgn anak saya.. sume sketch tuan sgt cantik.. 5 bintang sy bagi..

    www.sheilamutalib.blogspot.com

    ReplyDelete