Sunday 17 February 2013

urban sketch : masjid An'nur


Pada jumaat yang lalu, saya berkesempatan dan membuat sesuatu perkara yang baru berkaitan dunia lukisan yang belum pernah saya cuba. Perkara ini telah dipraktikkan oleh beberapa pencinta hobi melukis yang saya rasa bukan satu benda asing bagi mereka iaitu melakar di dalam kereta!.

Percaya atau tidak saya telah berjaya menghasilkan sebuah karya yang dilukis di dalam sebuah kereta walaupun hanya siap 70% di dalam keadaan tersebut. Memang satu situasi agak sukar di dalam keadaan ruang yang sempit, pergerakkan yang terbatas menghadkan segala kenikmatan melukis seperti keadaan biasa. Namun, inilah salah satu percubaan pertama yang saya rasa berjaya secara peribadinya. Dengan bantuan kit melukis yang saya sediakan sendiri, sedikit sebanyak menjimatkan masa serta ruang yang saya ada. Hobi ini saya lakukan pada jumaat lalu sebelum masuknya waktu solat. Sementara menunggu waktu tersebut, saya  mengambil keputusan untuk melukis memandangkan saya mempunyai masa lebih kurang 1 jam. Pada mulanya agak sukar mencari posisi serta sudut sesuai untuk meletakkan kereta kerana bangunan tersebut berada di tengah-tengah kesesakan. Akhirnya saya berjaya memakir kenderaan bertentangan dengan masjid tersebut walaupun berada agak jauh. Agak lega kerana kawasan parkir kenderaan masih kosong dan memudahkan saya memilih lokasi paling strategik.  

Dengan enjin kereta yang tidak dimatikan dan tanpa melengahkan masa, saya terus mencapai peralatan diperlukan dan membuat lakaran kasar. Tiada apa yang penting pada ketika itu cuma fokus. Pandangan sedikit terganggu disebabkan hujan mulai renyai. Namun ia tetap tidak mematahkan semangat melukis. Lakaran kasar siap disusuli dengan proses mewarna. Jam di tangan telah menunjukkan masa 10 minit telah berlalu.

  Lakar kasar dibuat namun sekali-sekala pandangan diganggu oleh deretan kenderaan lalu-lalang memaksa saya menunggu masa sesuai.

Proses menwarna merupakan perkara paling mencabar di mana pergerakan berus perlu dikawal teliti disebabkan kedudukan posture badan yang tidak beberapa selesa.

Travel kit yang saya gunakan dan diletakkan di tempat duduk penumpang sebelah. Agak tidak terurus disebabkan pergerakan terhad.

Jam di tangan  menunjukkan 1:25 tengahari membawa maksud waktu bersolat telah hampir. Ini bermakna saya perlu berhenti sebentar dan perlu melakukan perkara yang lebih wajib. Walaubagaimanapun lukisan telah 70% siap dan amat berpuas hati dengan apa yang telah dihasilkan setakat ini. Mungkin ini adalah percubaan pertama yang saya rasa banyak perkara serta teknik perlu diperbaiki lagi. Kesimpulan yang boleh dikongsikan di sini ialah ini merupakan satu pengalaman yang amat menyeronokkan dan dapat melukis secara langsung kepada objek yang diinginkan. Sudah pasti akan kembali dengan karya yang lebih banyak lagi akan datang!. Itu sudah pasti.

30 % proses mewarna disambung ketika berada dirumah dimana setiap butiran diperincikan. 

8 comments:

  1. Salam, cantik sketching. Memang berbakat. Nak tanya. Buku sketching watercolor yang awk pakai, jenama apa yer? Saya berkenan sesangat.

    ReplyDelete
  2. lama dah gua tak buat cam ni - sketch dan warnakan. ARGHHHHH!
    terus berkarya dan berseronoklah!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Sifu gayour.. terima kasih layari blog ni. Terharu sebab sudi memberi komen. Saya adalah antara peminat tuan sejak dulu. Sama-sama kita warnai dunia lukisan kita dan sentiasa berterusan untuk berkarya! =)

    ReplyDelete
  7. jenis Sketch book apa pakai??? :) teringin nk beli macam tu :)

    ReplyDelete