Saturday 1 March 2014

Merekabentuk banglo 2 tingkat untuk En. Faris

medium : autocad + 3dsmax + adobe photoshop

Salam dan bersua kembali. Agak lama tidak mengemaskini blog. Nampaknya kesibukan dan kesuntukan masa yang saya alami sejak akhir-akhir ini berpanjangan sehingga ke hari ini. Namun, masuk ke bulan Mac ini saya cuba untuk kembali seperti biasa. Cuma perkara terbaik yang saya perlukan buat masa ini ialah bagaimana cara ideal untuk menguruskan masa. Saya akan pastikan setiap perkara saya susun dengan betul dan cuba mengaturkan sebarang aktiviti mengikut jadual yang telah ditetapkan. Cara yang paling ringkas ialah mencatatkan sebanyak mungkin task atau aktiviti menggunakan aplikasi S planner yang terdapat di telefon bimbit. Mudah dan senang untuk diingat. Itu adalah perkara pertama yang saya akan buat apabila bangkit sahaja dari tidur dan segera membelek-belek jadual yang perlu dilaksanakan sepanjang minggu. Mudah-mudahan ada perkara yang tidak akan tertinggal.

Baiklah. Apa yang ingin dikongsi di sini ialah sebuah rekabentuk banglo 2 tingkat berkonsepkan modern contemporary. Secara ringkas rekabentuk banglo ini adalah sebahagian daripada 4 pakej rumah mampu millik yang bakal dilaksanakan oleh En. Faris di tempat kelahiran beliau Rawang, Selangor. Beliau mencadangkan untuk mengusahakan tanah milik keluarga untuk dimajukan sebagai sebuah pakej perumahan dan dijual dengan harga berpatutan. Agak menarik idea ini. Namun, untuk melaksanakan idea tersebut, perancangan teliti perlu dibuat terlebih dahulu bagi memastikan apa yang diinginkan tercapai. Oleh yang demikian, antara perkara pertama yang perlu dibuat ialah dengan mengutarakan terlebih dahulu jenis dan konsep rumah yang sesuai dengan kehendak serta pasaran setempat.


Saya telah memajukan 4 rekabentuk atau pakej rumah yang telah dipohon kepada En. Faris beberapa minggu lalu. Namun, berlaku kesilapan teknikal di mana 2 pakej yang saya kemukakan kepada beliau tidak mengikut pakej yang telah ditetapkan. Beliau memerlukan rekabentuk rumah banglo 1 1/2 tingkat untuk kedua-dua pakej tersebut tetapi rekabentuk dikemukakan ialah rumah banglo jenis 2 tingkat. Maaf, itu memang kesilapan daripada saya kerana tidak dapat mentafsirkan permohonan melalui email dengan betul. Kelemahan interaksi secara virtual. 

Akhirnya, dengan beberapa siri perbincangan dibuat, beliau bersetuju menggunakan hanya sebahagian daripadanya bagi meneruskan apa yang telah dirancang. Yang lain diletakkan sebagai status KIV buat sementara waktu. Rekabentuk baru akan saya susulkan sekiranya beliau bersedia menekan lampu hijau. Syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada beliau.

Oklah. Memandangkan rekabentuk tersebut tidak digunapakai, saya mengambil keputusan untuk berkongsikannya di dalam blog sebagai panduan dan rujukan. Banglo ini berkeluasan 1800 kakipersegi memiliki 6 bilik tidur dan 3 bilik air sesuai kepada pemilik yang inginkan sebuah banglo moden dengan harga mampu milik. Dengan ruang famili yang besar, ia juga memiliki sebuah balkoni yang luas dijadikan sebagai tempat istirehat yang lebih selesa. Sekian.

7 comments:

  1. sy berminat dengan plan ini, jikalau tidak keberatan untuk berkongsi beberapa lagi sudut perspektif untuk rumah ini.
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. biasanya keluasan seperti ini dan juga kemasan, berapa anggaran kos untuk membinanya tuan?

    ReplyDelete
  3. salam tuan, ingin bertanya. perkhidmatan melukis pelan yang tuan tawarkan kosnya berapa ya? jikalau sy ingin pelan rumah bersaiz 1800 sq, 1 1/2 tingkat. berkonsepkan modern.

    terima kasih

    ReplyDelete
  4. Salam tuan.saya ingin bertanya.saya bercadang ingin membina rumah banglo dua tingkat dalam lingkungan 2000 kaki persegi di atas tanah lot seluas 70x80..reka bentuk moden komteporari..berapa kos pelan dan anggaran kos projek tersebut?

    ReplyDelete
  5. salam tuan, saya ingin bertanya untuk ukuran pintu dan tinkap dan lain-lain dalam floor plan ini, saya student UUM, saya mengambil plan ini bagi rujukan saya dalam subjek autocad... boleh saya minta jasa baik tuan untuk memberi saya ukuran yang tepat...

    ReplyDelete