Medium : pen & watercolour on paper
Kayuhan bermula seawal 6.45 pagi. Dengan pagi yang begitu dingin sedikit sebanyak membantu menaikkan semangat untuk berkayuh. Udara sungguh segar diselangi panorama sekitar yang begitu tenang. Kali ini saya berkayuh berseorangan tanpa teman. Memandangkan aktiviti telah lama tidak dipraktikkan maka tahap kemampuan badan juga meragukan kerana telah lama berada di dalam mod beristirehat. Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan membuat kayuh ringan dengan jarak yang agak sederhana. Laluan pilihan ialah laluan dari rumah menuju ke Bandar Hilir Melaka.
Aktiviti berbasikal ini amatlah menyeronokkan kerana saya boleh lakukan bila-bila masa sahaja. Sesuailah dengan keadaan usia yang telah meningkat sedikit sebanyak telah meninggalkan sukan-sukan lain selain sukan ping pong & badminton yang masih saya kekalkan. Namun aktiviti sukan ini hanya saya lakukan sekiranya berkelapangan. Oklah, berbalik kepada cerita tadi, bagi menambahkan lagi keseronokan aktiviti berbasikal ini, tanpa ketinggalan saya juga membuat sedikit task sampingan seperti entri saya paparkan terdahulu iaitu 'beriadah sambil melakar'. Masih ingat lagi bukan? Bagi pembaca baru perlulah mengambil sedikit waktu bagi melayari posting saya sesebelum ini yang menceritakan sukan berbasikal saya. Berbekalkan sketchpad bersaiz poket dan sebatang pen saya akan buat sedikit live sketches ke atas apa yang saya lihat untuk diterjemahkan menjadi sebuah lukisan. Mudah dan ringkas. Kit melukis yang dibawa juga kecil untuk dimuatkan ke dalam porch bag disangkut pada basikal. Begitulah tujuannya. Dan akhirnya, lakaran yang dilampir di atas ialah permandangan secara tampak bangunan Hotel Casa Del Rio yang bertentangan dengan tempat saya berehat di dek bangunan perlabuhan lama terdapat di Bandar Hilir.
Lakaran cepat ini saya lakukan dengan pantas berdurasi sekitar 15 minit. Memandangkan ramai kaki jogging telah mula mendekati port saya melukis untuk melihat apa yang sedang saya lakukan menyebabkan saya mula hilang tumpuan. Sedikit gugup seterusnya fokus mulai pudar. Agaknya mental saya tidak cukup kuat apabila dikelilingi orang-orang yang ada sifat ingin tahu di situ. Saya percaya, saya akan cuba atasinya nanti. Inilah cabarannya. Maka dengan itu saya segera beredar dan sudah pastinya saya akan lakukannya sekali lagi kelak untuk aktiviti kayuhan minggu hadapan. Jumpa lagi. =)
Lakaran yang diwarnakan kemudian ketika tiba di rumah.
Permandangan di dek menghadap ke fasad bangunan hotel.
No comments:
Post a Comment